Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 6, 2013

Hokkaido cupcakes

Imej
 Kek ni Anis buat khas untuk En Somi yang berjaya Johan dalam kumpulan KIK yang di pimpin..  Congratulation buat En Somi.. :) Kek ni memang En Somi dan anak-anak suka.. rasanya yang lembut dan dalamnya mempunyai rasa kastard yang sedap..tak silap Anis kek ni memang terkenal di Jepun..tak rugi mencuba dari Lanies D'Cake House ni.. sesuai untuk sebarang jamuan.. Jika berminat call/sms 010-2994401

tempahan kek hantaran pertunangan lagi

Imej
 Salam hormat..  Kek ni memang sesuai  di buat ke untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan.. orange ikut tema majlis.. kalau ada yang berminat nak tukar warna tapi design yang sama boleh juga, kalau nk design lainpun boleh, tapi harga ikut design dan berat kek ya.. untuk tempahan boleh la call/sms 010-2994001 atau pm saya di FB anis asliza.

kek hantaran

Imej
Kek ni sesuai untuk hantaran perkahwinan/ pertunangan dan juga hantaran Jika berminat bolehla buat tempahan 3 hari sebelum tarikh  berlangsung majlis ya :)

kek ulangtahun kelahiran

Imej
 Kek ni bukan la kek coklat tapi kek ni adalah kek pelangi dalamnya cuma luarnya di salut dengan coklat, permintaan dari Nur Illa.. terima kasih kerana buat tempahan yang kali ketiga.. rasa seronok juga bila dia kata kek ni memang best.. TQ Illa..  Selain kek ni dia juga tempahan apam polkadot.. Terima kasih byk2 :)

kek fondan tema duckling duck..

Imej
 Hari tu,  tetiba satu pagi tu, saya menerima panggilan telefon dari sesorang.. masa tu, rasanya baru mandi..hihi..dalam 7.30 pagi rasanya.. dia punya gabra punya pasal takut lambat, dia call awal-awal, dia kata nak kek untuk mlm nanti..aduh..mana boleh cam ni kata saya.. kalau nak tempah kena la 3 hari sebelum tarikh..paling lambat pun 48 jam dari tarikh..itu pun kalau saya tkde hal lain, mcm tempahan lain ke.. boleh la..merayu-rayu..pd saya..katanya bakers lain tk boleh nk buat sbb last minit..memang la..ikutkan hati memang tk nak terima..kata saya itu pun kalau sempat..saya tk boleh janji apa2..dek kerana kesian si akak tu, terima jela.. nk wat camne..pasni kalau di saat- akhir sori ya..saya tk nk wat kerja terkejar-kejar.. nasib baik la brg semua ada.. kalau tak....pada akak tu, lain kali awal2 tau..

budget kek keju

Imej
Salam hormat.. Terkini kami ada menjual dan menerima tempahan umtuk kek budget iaitu RM 10 satu bekas. Penghantaran cuma di Carrefore Jalan Peel, Cheras.  Jika berminat boleh pm Anis asliza di page saya My cute Oven atau sms/call 010-2994401

kek untuk hantaran

Imej
 Kek ni Anis dapat tempahan masa bulan Mei yang lalu, masa cuti sekolah yang lepas, kek ni Anis buat berdasarkan tema yang customer pilih.. harap tuan punya berpuas hati.. sorry nama pun Anis tak ingat..sebab dah lama kan?  Kepada yang berminat boleh la hubungi saya 010-2994401 atau pm FB anis asliza

tart buah

Imej
Tart buah ni adalah tempahan dari sebuah Kementerian untuk jamuan di tempat kerjanya..100 biji tart buah sahaja..tart ni memang Anis suka customer pun suka sebab penuh dengan buah-buahan segar.. disamping rasa custard yang sedap dan lembut.. Pic tart ini juga terdapat dalam FB anis iaitu halaman FB My cute oven..jika berminat boleh la buat tempahan tart ni, memang berbaloi.. :)

kek keju koktel

Imej
Kek ni Anis buat beberapa hari yang lalu, kek ni memang best.. semua yang merasa kata best.. memang anis tak nafikan juga.. ikut tekak memng okey..kalau asal keju je lalu je kat tekak ni.. kalau ramai yang katakan tidak, tak berani anis nak terima tempahan untuk kek ni.. kalau berminat boleh la buat tempahan dengan call/sms /pm di FB anisasliza

kek phenias and ferb

Imej
Kelmarin saya buat kek ni untuk customer yang minta untuk buatkan kek ni.. kek ni sebelum ni tak pernah pun buat.. dalam hati antara yakin dan tak yakin..hati berbelah bagi.. tapi, customer tu beria-ia sangat dan memberi kepercayaan pada saya untuk membuatnya..alhamdullilah.. customer puas hati juga..walau pun bagi saya kurang berpuas hati lagi dengan hasil tangan saya yang agak kaku sedikit.. insyallah lepas ni dapat buat yang terbaik lagi.. kalau ada sesiapa yang di luar sana ingin menempah kek phenias and ferb ni, bolehlah hubungi anis 010-2994401 atau PM dia FB anis asliza