Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

kek untuk hantaran

Imej
Kek ni khas untuk hantaran pertunangan Ema dan pasangannya Zulkhairi semalam hari minggu.. Selamat bertunang khas buat Ema dan pasangan ya..terima kasih kerana sudi menempah dari Lanies D'Cakes House.. Kek Span Vanila RM 45 1 kg+

kek hantaran atau birthday

Imej
Kek Coklat dengan Kit kat di sekelilingnya dan gula m&m... harga RM 120. Penuh denga rasa coklat..Yummy! jika tidak mahukan coklat gula2 di atasnya boleh juga di gantikan dengan buah-buahan seperti srawberi dan lain-lain.. harga berbeza..

kek birthday spiderman

Imej
Gambar ni saya sebenarnya dah lama tapi tak update2 lagi..ni ada masa terluang sedikit, saya cuba luangkan masa untuk masukkan setakat yang boleh gambar2 ni.. ni birthday Irfan yang ke  6 tahun...selamat hari lahir Irfan... Ni kek buttercream dan sedikit fondant bentuk labah-labah harga yang simple RM 45 dalamnya kek span coklat sahaja..

tempahan kek OGGY and COCKROACH

Imej
Kek Oggy and Cockroach tempahan dari Suzie untuk anak daranya Aisyah Nabihah.. terima kasih ek.. apa pun happy birthday buat anakanda tercinta... Semua ada..kawankawan yang nakal tu pun ada hihihi... masa kek ni di buat anak saya sibuk menanya, ni untuk dia ke... jawab saya tak...ni orang punya....bila tengok mukanya mempamerkan wajah hampa..kesian gak tengoknya.. insyallah akan ibu wat utk abg pula ya satu hari nanti...(itu pun entah bila huhu) Kek ni bermula dengan harga RM120 tanpa binatang yg comel2 tu..

Kek untuk hantaran

Imej
Kek ini sesuai untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan warna boleh ikut tema majlis..hand bag cake.. tentu orang tersayang menyukainya.. ^_^ boleh pilih yang plain atau yang ada corak...seperti gambat di bawah..kek ini untuk birthday ibu saudara saya..alhamdulilah dia menyukainya... Berminat boleh call/sms/whatSupp anisasliza  0102994402 kay..

3D cake kek kapal

Imej
Salam tengah hari... kali ini saya ingin kongsikan apa yang telah saya buat iaiutu kek kapal terbang..kek ini telah 6 bulan saya buat...atas tempahan seseorang... Harga bermula dari RM 80 yang simple seperti di atas.. minat sila call/sms 010-2994401

Castle Princess Cake/ kek istana

Imej
 Castle cake ni permintaan dari anak saya.. dia teringin sangat nak makan castle cake ni...katanya nak tengok ibu wat kek ni dengan mkn kek ni.. Tapi jangan terkejut permintaan ini bukan dari anak perempuan tapi permintaan dari si bujang...kikiki kelakar pun ada...ini la hasilnya...cun tak? ahaks... Kalau ada sesiapa yang teringin untuk tempah untuk birthday gurl boleh la contact/sms saya 010-2994401 /whatSupp anisasliza atau call umah 03-92262308..

Birthday kek lagi..

Imej
Tempahan kek ini adalah kek fondant.. kek red velvet dan di salut fondant dan red velvet cup cake untuk tema anak gadisnya 15 tahun tema biru pink.. kepada Siti Maisarah..happy birthday..ya...

Wedding cake

Imej
Salam hormat dan terima kasih kerana mengunjungi blog Anis ni, kali ini adalah tempahan kek Perkahwinan.. kek ini di tempah oleh seorang jiran untuk majlis perkahwinan anaknya..terima kasih kepada Mimi Haryati kerana sudi tempah dengan Anis.. maaf jika ada sebarang kekurangan... segala kelebihan dtg dariNya ...dan segala kekurangan dtg dari saya.. alhamdullilah... ini kali pertama saya membuat wedding kek ni..nebes gak..hihihi tapi alhamdulilah berjaya gak..harap2 tuannya berpuas hati.. Ikut tema majlis pengantin merah putih..ni request dari customer.. kami akan ikut pada request dari customer jika nk warna lain atau tambahan lain pun boleh.. kek ni adalah butter coklat dan di salut fondant... Harga bermula dari RM 90 dan ke atas bergantung pada design yang di kehendaki..

tempahan red velvet kek spiderman..

Imej
Ni kek spiderman Anis wat 2 minggu lalu, tempahan dari customer yang terdekat ngan umah..anak jiran..dia buat sambutan kelurga je, tkde nak panggil org bagai..katanya ni baru first time buat sambutan ni, sebelum ni pun tak pernah buat untuk anak..anak dia dah pun 9 tahun..selalunya kalau birhday anak dia bawa jenjalan je..apa pun terima kasih kak..

tempahan kek keju oreo

Imej
As salam bertemu lagi kita ya..kepada yang baru datang ke blog ni selamat datang saya ucapkan dan kepada yang pernah ke blog ini alhamdullilah dan terima kasih.. kali ni anis nak kongsikan  ke keju oreo tempahan dari seorang customer Lanies D'cakes House hari tu, daripada feedback mengatakan kek ni memang best.. terima kasih ya..kalau sedap lain kali boelh la tempah ngan anis ya..kepada yang baru-baru untuk cari kek untuk tempahan untuk orang tersayang, di sini la tempatnya..anis jamin anda akan berpuas hati dengan hasilnya.."belum cuba belum tahu".. ok kalau berminat nak tempah kek -kek dari Lanies D"cakes House boleh la tempah dengan Anis..call/sms sekarang tau jgn buang masa..call/sms 010-2994401 /03-92262308..ok

tempahan kek doraemon

Imej
Syukur ke hadrat Ilahi..kali ini kek yang menjadi pukaan anak-anak sekarang..tak kira lelaki ke perempuan pasti akan ingat karektor kartun ni..Doraemon.. tempahan kek doraemon ini di tempah oleh Aslinda untuk anak perempuan yang berumur 4 tahun..Alesya Natasya..Happy birthday wat Aliesya ya..Tenkiu Aslinda..

tempahan kek Princess

Imej
 Alhamdullilah kek Princessni di tempah oleh seseorang untuk anak gadisnya..tarikh Anis pun dah lupa.. dalam sibuk-sibuk lupa nak catat..kikiki..apa pun terima kasih byk pada akak.. :)

tempahan untuk doorgift..

Imej
Assalamualaikum.. dah lama tak update blog ni..alhamdullilah hari dapat luangkan masa sedikit untuk mengupdate blog ni.. ni antara tempahan 2013 ni dan cup cake ini pula untuk di hantar ke SRKJB..kalau berminat untuk buat door gift boleh la call/sms Anis 010-2994401/03-92262308

tempahan apam polkadot

Imej
Selamat tengah hari..dan salam mesra..kali ini saya nak kongsikan dekat sini update terbaru blog saya..ni tempahan dari regular customer..ni kali kedua dia buat tempahan apam polkadot.. dan ini juga tempahan yang keempat darinya..sebelum ni dia tempah dengan anis kek  rainbow theme elmo dan cup cake elmo.. kali ke dua rainbow kek juga, tapi di topping dengan coklat cair.. nk tgk gambarnya pergi ke  http://specialcake4u.blogspot.com/2013/10/kek-ulangtahun-kelahiran.html Ni apam polkadot 100 biji yang di tempah untuk kenduri saudaranya.. terima kasih banyak Nur Illa..

tempahan tart buah lagi..

Imej
Sebelum raya aidil adha hari tu..ada tempahan untuk tart buah ni.. 30 pcs untuk birthdayman.. En Mohd Halim dari isteri kesayangannya..alhamdullilah..Syukran..terima kasih banyak kerana membuat tempahan.. alhamdulillah En.Mohd Halim  berpuas hati..:)

Hokkaido cupcakes

Imej
 Kek ni Anis buat khas untuk En Somi yang berjaya Johan dalam kumpulan KIK yang di pimpin..  Congratulation buat En Somi.. :) Kek ni memang En Somi dan anak-anak suka.. rasanya yang lembut dan dalamnya mempunyai rasa kastard yang sedap..tak silap Anis kek ni memang terkenal di Jepun..tak rugi mencuba dari Lanies D'Cake House ni.. sesuai untuk sebarang jamuan.. Jika berminat call/sms 010-2994401

tempahan kek hantaran pertunangan lagi

Imej
 Salam hormat..  Kek ni memang sesuai  di buat ke untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan.. orange ikut tema majlis.. kalau ada yang berminat nak tukar warna tapi design yang sama boleh juga, kalau nk design lainpun boleh, tapi harga ikut design dan berat kek ya.. untuk tempahan boleh la call/sms 010-2994001 atau pm saya di FB anis asliza.

kek hantaran

Imej
Kek ni sesuai untuk hantaran perkahwinan/ pertunangan dan juga hantaran Jika berminat bolehla buat tempahan 3 hari sebelum tarikh  berlangsung majlis ya :)

kek ulangtahun kelahiran

Imej
 Kek ni bukan la kek coklat tapi kek ni adalah kek pelangi dalamnya cuma luarnya di salut dengan coklat, permintaan dari Nur Illa.. terima kasih kerana buat tempahan yang kali ketiga.. rasa seronok juga bila dia kata kek ni memang best.. TQ Illa..  Selain kek ni dia juga tempahan apam polkadot.. Terima kasih byk2 :)

kek fondan tema duckling duck..

Imej
 Hari tu,  tetiba satu pagi tu, saya menerima panggilan telefon dari sesorang.. masa tu, rasanya baru mandi..hihi..dalam 7.30 pagi rasanya.. dia punya gabra punya pasal takut lambat, dia call awal-awal, dia kata nak kek untuk mlm nanti..aduh..mana boleh cam ni kata saya.. kalau nak tempah kena la 3 hari sebelum tarikh..paling lambat pun 48 jam dari tarikh..itu pun kalau saya tkde hal lain, mcm tempahan lain ke.. boleh la..merayu-rayu..pd saya..katanya bakers lain tk boleh nk buat sbb last minit..memang la..ikutkan hati memang tk nak terima..kata saya itu pun kalau sempat..saya tk boleh janji apa2..dek kerana kesian si akak tu, terima jela.. nk wat camne..pasni kalau di saat- akhir sori ya..saya tk nk wat kerja terkejar-kejar.. nasib baik la brg semua ada.. kalau tak....pada akak tu, lain kali awal2 tau..

budget kek keju

Imej
Salam hormat.. Terkini kami ada menjual dan menerima tempahan umtuk kek budget iaitu RM 10 satu bekas. Penghantaran cuma di Carrefore Jalan Peel, Cheras.  Jika berminat boleh pm Anis asliza di page saya My cute Oven atau sms/call 010-2994401

kek untuk hantaran

Imej
 Kek ni Anis dapat tempahan masa bulan Mei yang lalu, masa cuti sekolah yang lepas, kek ni Anis buat berdasarkan tema yang customer pilih.. harap tuan punya berpuas hati.. sorry nama pun Anis tak ingat..sebab dah lama kan?  Kepada yang berminat boleh la hubungi saya 010-2994401 atau pm FB anis asliza

tart buah

Imej
Tart buah ni adalah tempahan dari sebuah Kementerian untuk jamuan di tempat kerjanya..100 biji tart buah sahaja..tart ni memang Anis suka customer pun suka sebab penuh dengan buah-buahan segar.. disamping rasa custard yang sedap dan lembut.. Pic tart ini juga terdapat dalam FB anis iaitu halaman FB My cute oven..jika berminat boleh la buat tempahan tart ni, memang berbaloi.. :)

kek keju koktel

Imej
Kek ni Anis buat beberapa hari yang lalu, kek ni memang best.. semua yang merasa kata best.. memang anis tak nafikan juga.. ikut tekak memng okey..kalau asal keju je lalu je kat tekak ni.. kalau ramai yang katakan tidak, tak berani anis nak terima tempahan untuk kek ni.. kalau berminat boleh la buat tempahan dengan call/sms /pm di FB anisasliza

kek phenias and ferb

Imej
Kelmarin saya buat kek ni untuk customer yang minta untuk buatkan kek ni.. kek ni sebelum ni tak pernah pun buat.. dalam hati antara yakin dan tak yakin..hati berbelah bagi.. tapi, customer tu beria-ia sangat dan memberi kepercayaan pada saya untuk membuatnya..alhamdullilah.. customer puas hati juga..walau pun bagi saya kurang berpuas hati lagi dengan hasil tangan saya yang agak kaku sedikit.. insyallah lepas ni dapat buat yang terbaik lagi.. kalau ada sesiapa yang di luar sana ingin menempah kek phenias and ferb ni, bolehlah hubungi anis 010-2994401 atau PM dia FB anis asliza

tempahan kek oreo cheese

Imej
As-salam..  Kek Oreo Cheese antara kek yang paling best dari Lanies Cake.. kalau dah ambil sepotong, tak cukup dengan sepotong..tentu akan bertamabah lagi.. tak rugi merasa Oreo Cheese Cake dari Lanies Cake.. memang best..anak-anak pun tentu suka.. apatah lagi masa pertama kali buat hari tu anak-anak Anis memang mengemarinya..lebih-lebih lagi jika di letakkan denga gambar kartun kegemaran anak-anak.. sempena birthday anak-anak yang bakal menjelang apa salahnya memberi kegembiraan pada anak tesayang? buka sahaja untuk anak tersayang, boleh juga di hadiahkan kepada insan tersayang yang menyinari hidup anda..  Mengiurkan bukan? jangan berlengah-lengah lagi call sekarang..design terpulang pada anda dan harga mengikut tambahan edible image, full design.. call/sms 010-2994401. Bila-bila masa pun..:)

hand bag cake birthday..

Imej
Assalamualaikum buat pembaca yang budiman..  Sebenarnya dah empat hari pun berlalu ketika blog ini di tulis.. tidak sempat untuk mengupdate blog kesayangan Anis ni.. empat hari yang berlalu ni iaitu hari lahir ibu saudara Anis.. sebelum tu terfikir, birthday dia dah nak dekat tapi tak tau nak bagi hadiah apa kat dia.. fikir punya fikir buat kek je lah..tapi kalau buat kek yang krim tu, orang dah biasa makan, dan tak rasa lain dari yang lain.. akhirnya dapat idea buat kek hand bag ni.. inilah keknya : setelah siap tambahan bunga rose sebagai penyeri tambah nama si penerima Ni la hasilnya.. cake hand bag.. kalau ada sisiapa berminat untuk menempah sms saya 010-2994401 untuk tempahan dan keterangan lanjut.. Warna / design boleh di tukar mengikut kehendak customer..

kek birthday..

Imej
Assalamualaikum.. Salam malam sabtu.. Sekarang jam menunjukkan angka 1:27 pagi, semasa saya mengupdate blog ni, bagi menemankan husband yang meyiapkan kerjanya.. di laptop kesayangannya.. kesian pula dia keseorngan.. mata mula mengantuk bila mengadap skrin ni..silap-silap boleh terlelap juga.. Sebenarnya gambar ni dah lama dalam simpanan sejak  anak Anis berumur 1 tahun lagi..kek ni saya buat khas untuk anak bujang saya, yang tergilakan hero kegemarannya ultraman..ini adalah sambutan hari lahirnya yang pertama.. Kepada sesiapa yang berminat untuk tempah, bolehlah sms atau call 016-2308608 ya..

kek coklat

Imej
Ni antara kek-kek tempahan customer dalam simpanan Anis.. kepada yang Anis tak sebut namanya di sini Anis minta maaf sebab Anis bukannya boleh ingat semua.. jangan berkecil hati pula ya kalau tidak di sebutkan nama di sini :) Kek coklat moist lagi....he he he... tempahan dari kak Fauziah untuk anaknya Fadil.. harap akak Fauziah berpuas hati..Happy birthday untuk Fadil.. Ni pula.. Rainbow cake bertema Elmo..permintaan dari customer Nur Illa.. sesiapa yang berminat boleh juga buat berdasarkan tema lain.. Selain dari kek yang bertema Elmo, Nur Illa juga menempah cup cake yang bertema Elmo.. Terima kasih Nur Ila..harap berpuas hati ya.. Kalau sesiapa yang berminat dengan Elmo yang cute ni, boleh call atau lebih senang sms 016-2308608

kek coklat moist

Imej
Salam hormat.. terima kasih mengunjungi blog My cute oven, blog online yang menjual dan menerima tempahan kek..pelbagai kek,cupcakes dan aneka tart.. Kek Choclate Moist ni memang ada permintaan ramai..dari My cute oven.. design boleh pilih ikut perminaan customer.. yang simple  RM 35 sahaja untuk 1 kg..yang ada design lain harga :)