Catatan

Hokkaido cupcakes

Imej
 Kek ni Anis buat khas untuk En Somi yang berjaya Johan dalam kumpulan KIK yang di pimpin..  Congratulation buat En Somi.. :) Kek ni memang En Somi dan anak-anak suka.. rasanya yang lembut dan dalamnya mempunyai rasa kastard yang sedap..tak silap Anis kek ni memang terkenal di Jepun..tak rugi mencuba dari Lanies D'Cake House ni.. sesuai untuk sebarang jamuan.. Jika berminat call/sms 010-2994401

tempahan kek hantaran pertunangan lagi

Imej
 Salam hormat..  Kek ni memang sesuai  di buat ke untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan.. orange ikut tema majlis.. kalau ada yang berminat nak tukar warna tapi design yang sama boleh juga, kalau nk design lainpun boleh, tapi harga ikut design dan berat kek ya.. untuk tempahan boleh la call/sms 010-2994001 atau pm saya di FB anis asliza.

kek hantaran

Imej
Kek ni sesuai untuk hantaran perkahwinan/ pertunangan dan juga hantaran Jika berminat bolehla buat tempahan 3 hari sebelum tarikh  berlangsung majlis ya :)

kek ulangtahun kelahiran

Imej
 Kek ni bukan la kek coklat tapi kek ni adalah kek pelangi dalamnya cuma luarnya di salut dengan coklat, permintaan dari Nur Illa.. terima kasih kerana buat tempahan yang kali ketiga.. rasa seronok juga bila dia kata kek ni memang best.. TQ Illa..  Selain kek ni dia juga tempahan apam polkadot.. Terima kasih byk2 :)

kek fondan tema duckling duck..

Imej
 Hari tu,  tetiba satu pagi tu, saya menerima panggilan telefon dari sesorang.. masa tu, rasanya baru mandi..hihi..dalam 7.30 pagi rasanya.. dia punya gabra punya pasal takut lambat, dia call awal-awal, dia kata nak kek untuk mlm nanti..aduh..mana boleh cam ni kata saya.. kalau nak tempah kena la 3 hari sebelum tarikh..paling lambat pun 48 jam dari tarikh..itu pun kalau saya tkde hal lain, mcm tempahan lain ke.. boleh la..merayu-rayu..pd saya..katanya bakers lain tk boleh nk buat sbb last minit..memang la..ikutkan hati memang tk nak terima..kata saya itu pun kalau sempat..saya tk boleh janji apa2..dek kerana kesian si akak tu, terima jela.. nk wat camne..pasni kalau di saat- akhir sori ya..saya tk nk wat kerja terkejar-kejar.. nasib baik la brg semua ada.. kalau tak....pada akak tu, lain kali awal2 tau..

budget kek keju

Imej
Salam hormat.. Terkini kami ada menjual dan menerima tempahan umtuk kek budget iaitu RM 10 satu bekas. Penghantaran cuma di Carrefore Jalan Peel, Cheras.  Jika berminat boleh pm Anis asliza di page saya My cute Oven atau sms/call 010-2994401

kek untuk hantaran

Imej
 Kek ni Anis dapat tempahan masa bulan Mei yang lalu, masa cuti sekolah yang lepas, kek ni Anis buat berdasarkan tema yang customer pilih.. harap tuan punya berpuas hati.. sorry nama pun Anis tak ingat..sebab dah lama kan?  Kepada yang berminat boleh la hubungi saya 010-2994401 atau pm FB anis asliza

tart buah

Imej
Tart buah ni adalah tempahan dari sebuah Kementerian untuk jamuan di tempat kerjanya..100 biji tart buah sahaja..tart ni memang Anis suka customer pun suka sebab penuh dengan buah-buahan segar.. disamping rasa custard yang sedap dan lembut.. Pic tart ini juga terdapat dalam FB anis iaitu halaman FB My cute oven..jika berminat boleh la buat tempahan tart ni, memang berbaloi.. :)

kek keju koktel

Imej
Kek ni Anis buat beberapa hari yang lalu, kek ni memang best.. semua yang merasa kata best.. memang anis tak nafikan juga.. ikut tekak memng okey..kalau asal keju je lalu je kat tekak ni.. kalau ramai yang katakan tidak, tak berani anis nak terima tempahan untuk kek ni.. kalau berminat boleh la buat tempahan dengan call/sms /pm di FB anisasliza

kek phenias and ferb

Imej
Kelmarin saya buat kek ni untuk customer yang minta untuk buatkan kek ni.. kek ni sebelum ni tak pernah pun buat.. dalam hati antara yakin dan tak yakin..hati berbelah bagi.. tapi, customer tu beria-ia sangat dan memberi kepercayaan pada saya untuk membuatnya..alhamdullilah.. customer puas hati juga..walau pun bagi saya kurang berpuas hati lagi dengan hasil tangan saya yang agak kaku sedikit.. insyallah lepas ni dapat buat yang terbaik lagi.. kalau ada sesiapa yang di luar sana ingin menempah kek phenias and ferb ni, bolehlah hubungi anis 010-2994401 atau PM dia FB anis asliza

tempahan kek oreo cheese

Imej
As-salam..  Kek Oreo Cheese antara kek yang paling best dari Lanies Cake.. kalau dah ambil sepotong, tak cukup dengan sepotong..tentu akan bertamabah lagi.. tak rugi merasa Oreo Cheese Cake dari Lanies Cake.. memang best..anak-anak pun tentu suka.. apatah lagi masa pertama kali buat hari tu anak-anak Anis memang mengemarinya..lebih-lebih lagi jika di letakkan denga gambar kartun kegemaran anak-anak.. sempena birthday anak-anak yang bakal menjelang apa salahnya memberi kegembiraan pada anak tesayang? buka sahaja untuk anak tersayang, boleh juga di hadiahkan kepada insan tersayang yang menyinari hidup anda..  Mengiurkan bukan? jangan berlengah-lengah lagi call sekarang..design terpulang pada anda dan harga mengikut tambahan edible image, full design.. call/sms 010-2994401. Bila-bila masa pun..:)

hand bag cake birthday..

Imej
Assalamualaikum buat pembaca yang budiman..  Sebenarnya dah empat hari pun berlalu ketika blog ini di tulis.. tidak sempat untuk mengupdate blog kesayangan Anis ni.. empat hari yang berlalu ni iaitu hari lahir ibu saudara Anis.. sebelum tu terfikir, birthday dia dah nak dekat tapi tak tau nak bagi hadiah apa kat dia.. fikir punya fikir buat kek je lah..tapi kalau buat kek yang krim tu, orang dah biasa makan, dan tak rasa lain dari yang lain.. akhirnya dapat idea buat kek hand bag ni.. inilah keknya : setelah siap tambahan bunga rose sebagai penyeri tambah nama si penerima Ni la hasilnya.. cake hand bag.. kalau ada sisiapa berminat untuk menempah sms saya 010-2994401 untuk tempahan dan keterangan lanjut.. Warna / design boleh di tukar mengikut kehendak customer..

kek birthday..

Imej
Assalamualaikum.. Salam malam sabtu.. Sekarang jam menunjukkan angka 1:27 pagi, semasa saya mengupdate blog ni, bagi menemankan husband yang meyiapkan kerjanya.. di laptop kesayangannya.. kesian pula dia keseorngan.. mata mula mengantuk bila mengadap skrin ni..silap-silap boleh terlelap juga.. Sebenarnya gambar ni dah lama dalam simpanan sejak  anak Anis berumur 1 tahun lagi..kek ni saya buat khas untuk anak bujang saya, yang tergilakan hero kegemarannya ultraman..ini adalah sambutan hari lahirnya yang pertama.. Kepada sesiapa yang berminat untuk tempah, bolehlah sms atau call 016-2308608 ya..

kek coklat

Imej
Ni antara kek-kek tempahan customer dalam simpanan Anis.. kepada yang Anis tak sebut namanya di sini Anis minta maaf sebab Anis bukannya boleh ingat semua.. jangan berkecil hati pula ya kalau tidak di sebutkan nama di sini :) Kek coklat moist lagi....he he he... tempahan dari kak Fauziah untuk anaknya Fadil.. harap akak Fauziah berpuas hati..Happy birthday untuk Fadil.. Ni pula.. Rainbow cake bertema Elmo..permintaan dari customer Nur Illa.. sesiapa yang berminat boleh juga buat berdasarkan tema lain.. Selain dari kek yang bertema Elmo, Nur Illa juga menempah cup cake yang bertema Elmo.. Terima kasih Nur Ila..harap berpuas hati ya.. Kalau sesiapa yang berminat dengan Elmo yang cute ni, boleh call atau lebih senang sms 016-2308608

kek coklat moist

Imej
Salam hormat.. terima kasih mengunjungi blog My cute oven, blog online yang menjual dan menerima tempahan kek..pelbagai kek,cupcakes dan aneka tart.. Kek Choclate Moist ni memang ada permintaan ramai..dari My cute oven.. design boleh pilih ikut perminaan customer.. yang simple  RM 35 sahaja untuk 1 kg..yang ada design lain harga :)

0mbre kek

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini, penat berkemas, membasuh dan ..memasak, selesai je jalankan kewajipan sebagai isteri, memberi latihan pada anak, mengajar matematik, dan sebagainya..alhamdullilah, anak anis ni mudah juga menerima apa yang kita ajarkan pada dia.. dalam pada itu Anis curi2 masa juga mengupdate blog ni..  alhamdullilah gambar-gambar ni masih ada dalam simpanan Anis.. ini adalah kek2 tempahan customer yang lepas2.. terima kasih pada customer My cute oven.. Kek Ombre ialah permintaan dari customer juga.. kek kat gambar di atas Anis pernah buat untuk ibunda  tersayang sempena birthdaynya.. tapi, luar design macam kat atas, kek nya kek keju strawberry.. kepada sesiapa berminat boleh lah call/sms Anis ya..

kek hantaran

Imej
 Selamat sejahtera dan Assalamualaikum.. Sebenarnya Anis berkecimpung dalam pembuatan kek dan menerima tempahan kek ni dah agak lama.. tapi blog My cute oven baru sahaja di lahirkan semalam.. so, gambar-gambar ni sebenarnya dah lama Anis simpan untuk di masukkan ke blog baru ni.. kek ini tempahan dari sahabat untuk adiknya.. Siti Suhana untuk hantaran kahwin.. terima kasih kerana buat tempahan dengan My cute oven.. Selepas sebulan selepas tu ada yang meminta buat untuk hantaran pertunangnya.. kek yang sama juga..hijau pilihan hati.. warna yang lembut katanya..terima kasih Gee.. harap berpuas hati..lain kali boleh la tempah lagi dengan Anis ya.. :)

kek keju strwberry

Imej
As salam.. terima kasih karana mengunjungi blog My cute oven.. di sini adalah blog bagi peminat2 kek atau untuk jamu mata..kalau berkenan bolehlah buat tempahan dengan Anis ya.. ini adalah kek2 yang di tempah oleh customer dari My cute oven.. KEK KEJU STRAWBERRY 1.8 KG